kali ini aku nak kongsi tentang ayam ni pula.. keinginan aku dengan ayam ini sangat tinggi namun harganya juga sangat tinggi di sini.. seekor sahaja boleh mencecah RM600 ke atas.. dengan tekad untuk memiliki ayam seperti ini.. aku bermula lagi dengan pembreedan semula ayam untuk mendapatkan ayam jenis ini dengan usaha dan teknik sendiri.. bermula dengan seekor ayam kampung biasa aku kacukkan dengan pelbagai jenis ayam seperti kate dan ayam kampung balung sisir... pada mulanya ayam yang terhasil seakan-akan ayam serama bersaiz besar sahaja.. dengan teknik kacukan silang pangkah berturutan, aku kini berjaya menghasilkan ayam ini dengan sangat berjaya.. memang sukar untuk anda percayai tapi inilah hakikatnya.. ciri-ciri yang aku inginkan kini turun pada baka yang aku ciptakan ini..
bukan itu sahaja tapi juga aku berjaya mengubah ayam jenis ini untuk tampil lebih gah dan tegap malah lebih tangkas dan rintang pada penyakit pada saat dewasa... malah kita tidak lagi perlu untuk memotong balung ayam kerana breed aku ini 80% tanpa balung sejak lahir.. memang suatu yang paling aku banggakan
No comments:
Post a Comment