Thursday, 8 December 2011

hari ini aku nak berkongsi sedikit tentang hobi aku yang aku anggap kira macam nyawa aku.. bukan apa, selain hobi, ia juga menjadi rutin aku sehari-hari yang tak sibuk.. hehe.. hobi membela ayam sabung... ayam sabung ni adalah sejenis ayam yang terkenal dengan aktiviti perlagaan.. ayam jenis ni memang hebat bertarung... kehebatannya bukan sekadar terletak pada kakinya tapi juga pada bulu dan variasinya.. ramai orang berfikir bahawa saiz, berat dan jenis ayam adalah faktor kemenangan ayam semasa bertarung.. Namun sebenarnya ayam sbung adalah sangat istimewa.. Sebagaimana ia di jaga maka begitulah yang dibawanya ke gelanggang nanti.. Tidak kira ia dr keturunan local breed@tempatan sekalipun tapi sekiranya latihan dan penjagaan yang di beri adalah terbaik maka bakanya juga akan terjulang di arena... dari pengalaman lepas yang aku pelajari, ia bermula apabila aku telah membeli benih ayam sabung local umur 5 bulan dgn harga RM13 seekor sahaja.. aku kira orang yang menjual kepada aku tidak tahu nilai ayam ini atau sememangnya ayam itu adalah reject daripada ayam petarung yang lain.. ayam di bawah inilah.. selain dalam reban aku ada baka yg sudah bercampur aduk..

                                             
                                      SABAHAN ORIGINAL LOCAL BREEDING COCK    
  
Dengan menggunakan baka ini aku mengembang biak ayam ini sebaiknya... sebelum itu aku ada test market ayam ini di arena.. walaupun kalah tipis namun aku bangga kerana ayam yang ku beli dengan harga RM13 ringgit ini mampu hampir mengalahkan ayam jago yang harganya mencapai puluhan ribu tambahan pula saiznya yang besar..  aku tidak berhenti di situ.. aku terus mengembang biak ayam aku sehingga ke generasi ke-3.. kini ayam aku kian bertambah, namun pemilihan yang rapi membolehkan aku memilih ayam yang benar-benar boleh menang di arena.. yang selebihnya bolehlah menjadi santapan... hehe..

Dengan berat hanya 2.6kg seekor aku kira ia masih terlalu kecil untuk dibandingkan dengan ayam Thai yang orang banggakan itu.. kali ke-2 aku test market.. kali ini memang tipis sekali pertarungan ayam aku.. tapi syukur kerna kali ini ayam aku menang besar melawan ayam breed thai yang kira-kira 3.2kg itu.. memang mengejukkan malah mengujakan yang ada di situ.. pertanyaan yang mula sekali sampai di telingaku adalah.. "ayam kamu breed apa? saiz sederhana tapi mantap." aku cuma tersenyum dan menjawab. "ayam kita bha.. ayam sabah" dengan muka berkerut mereka terdiam.. memang sukar dipercayai ayam yang dianggap hanya ayam kampung di sini sebenarnya boleh menang di arena.. mungkin juga nasib sahaja kot tapi...

kali ini aku cuba memperbesarkan saiz ayam aku tanpa menghilangkan bentuk asal ayam.. namun itu adalah suatu yang sangat sukar.. kali ini aku terfikir tentang ayam gajah atau panggilan di sini sebagai ayam kambing.. saiz yang besar, kaki yang bersisik banyak seperti suatu yang baik di fikiranku.. aku mula mengacukkan ayam ini dengan pelbagai cara.. kaedah ini memang sinonim tapi kerana cara mereka yang kurang tepat, ayam yang terhasil kurang menepati keinginan asal.. ada yang saiz besar tapi lembab.. namun bagi aku.. aku telah berjaya.. ayam yang terhasil bukan sahaja besar tegap dan banyak ciri lain bertambah tapi anak ayam breed ini juga rintang pada selsema kerana bulu yang cepat tumbuh tanpa ada yang botak pada kawasan tertentu seperti ayam sabung lain..

                                       
                                                    NEW BREEDING "GARODA"

kali ini aku test market lagi untuk breeding baru ini.. walaupun menunggu lama tapi hasilnya memang baik..aku kira bulu yang tebal pada breed ini boleh menjadi kebalan atau perisai kepada pukulan dan patukan lawan.. aku sangat berharap agar ayam aku menang lagi kerana aku ingin menjual anak breed ini pada teman-teman sehobi.. Jangkaan aku tepat apabila kali ini aku menang dengan cemerlang tanpa banyak luka pada ayamku..

Rahsianya ialah cara dan pukulan ayam ini.. yang pertama, ayam breed ini tidak suka untuk mematuk sebelum memberi pukulan pedas tapi hanya melibas kaki dengan kedudukan kepala tinggi di atas.. ayam lawan juga tidak akan ada peluang untuk memukul lebih-lebih lagi apabila ayam lawan sudah terbiasa helah mematuk sebelum melibas.. kali ini aku terpaksa berbohong yang ayam aku itu adalah keturunan surat Thailand sedangkan ia adalah kacukan ayam pedaging dan ayam local.. jika aku jujur sekalipun mereka pasti tak akan percaya.. :)


                                                  ANAK AYAM HASIL KACUKAN

Baiklah.. ini adalah ciri  ayam sabung kacukan local dan giant cock.. kepala yang besar dan keras.. kaki yang bertulang penuh (selepas salah satu dibuat santapan) hehe.. badan yang tegap besar dan berbuluh tebal.. bukan sahaja cantik tapi kebal dengan perisai bulu tebal.. hehe.. serangan kaki bertubi dan tangkas (dengan syarat ayam perlu dilatih terbang tinggi dan latihan seperti berenang dalam kolam atau berjogging) kaki juga lebih besar dan sisiknya keras dan lebih terang..

namun pembreedan ini bukanlah mudah.. kacukan silang pangkah harus sekata dan berturutan.. ini untuk membantu gene yang diinginkan turun pada anak ayam... ayam tidak boleh dikahwinkan sekiranya dari ibu atau bapa yang sama (adik beradik) jika kacukan pertama ayamnya ke arah yg tak sepatutnya, maka perlu perkahwinan harus diubah berbalik..

No comments:

Post a Comment