Thursday, 8 December 2011

bulan ni cuaca harian memang tak menentu.. kadang hujan dan kadang angin kuat... matahari memang tak ada nak muncul-muncul.. ni lah salah satu masalah yang ramai penggemar ayam sabung di luar sana hadapi dari dulu lagi.. pada musim ini lah juga banyak anak ayam mula menetas.. memang susah anak ayam ni nak membesar dengan senang tanpa penjagaan rapi.. banyak anak ayam akan mati sama ada akibat penyakit seperti selsema, ataupun kesejukan..




                                                  SABAHAN LOCAL BREED CHICK


oleh itu, ramai para penggemar ayam sabung mula menggunakan inisiatif baru dengan memasang lampu mentol berhaba pada kandang atau kotak asuhan anak ayam dengan memisahkan indungnya... pemberian makanan seperti baja ayam gred 1 amatlah sesuai.. namun ini bukanlah jalan yang terbaik kerana walaupun kaedah ini digunakan namun peratus anak ayam yang mati hanya mampu dikurangkan tapi bukan dihapuskan secara total..



berdasarkan pengalaman lepas, sepanjang pembabitan aku dalam hobi ini hanya 3 kali sahaja peratus anak ayam yang selamat sejak lahir adalah 100%.. amat susah sekali untuk mencapai tahap ini.. selain itu sekiranya anak ayam dibebas lepas pada hari yang agak sesuai dan panas, peratusan kematian akibat binatang pemangsa seperti kucing, anjing, tikus dan musang juga tetap ada.. maka, hanya penternak yang memiliki segala kemudahan canggih dan lengkap sahaja boleh mencapai 100% anak ayam berjaya hidup membesar...


saya juga amat berharap agar pada masa akan datang cuaca dan pemangsa bukan lagi ancaman untuk anak ayam.. jika anda mempunyai penyelesaian lain, sila komen ya..

No comments:

Post a Comment